Blogger Backgrounds

My Blog List

Tuesday, September 27, 2011

yang terindah hanya sementara-erra fazira with lyrics


unty suker sagt lagu niwh..
sedey sgt dngr lagu niwh...tp unty kene tabah..da jnji ngn diri sdri xmo da sedey2...

smlm 26/9,sbnrnye ari convo uncle..unty tawu,tp unty xwish pape pon...unty da jnji xmo cntct da dye..so,unty kene kuat...

Thursday, September 22, 2011

EGO DAN SOMBONG


EGO dan sombong adalah sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah SWT. Ia terlindung dan terhijab jauh dalam hati kecil. Namun, kesannya amat besar sehingga boleh memberikan kesan kepada tingkah-laku, gaya dan tutur-kata seseorang.
Ego dan sombong adalah sifat yang berakar umbi dari perasaan merasa diri lebih baik dari orang lain. Ia wujud apabila sikap tawaduk dan merendah diri tidak disemai dalam diri.
Akibatnya, seseorang yang mempunyai sifat ego dan sombong boleh membawa kepada kesesatan kerana biasanya dia akan menolak sesuatu kebenaran walaupun hati kecil mengakui akan kebenaran itu.
Demikianlah yang berlaku kepada golongan kafir Quraisy yang tetap berada dalam keadaan jahiliah kerana menafikan kerasulan Nabi SAW walaupun mereka sebenarnya mengakui bahawa baginda adalah orang yang amanah dan boleh dipercayai (al-amin).
Cuba kita perhatikan juga sikap iblis yang diarahkan Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam. Namun, ia enggan sujud kerana sifat ego dan juga sombong. Lalu Iblis menjadi golongan yang ingkar dan kufur kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir (al-Baqarah: 34).
Mengapa timbul rasa ego dalam diri iblis? Sebabnya, iblis merasa dirinya lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah. Sedangkan iblis dicipta daripada api.
Bagi menghuraikan lebih lanjut sikap ego iblis, Allah berfirman yang bermaksud: Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (Saad: 76)
Sifat ego dan sombong mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Kadang-kadang kita hampir tidak menyedari dalam diri kita mempunyai sikap ego dan sombong.
Justeru, kita perlu melihat jauh ke dalam diri dan melakukan muhasabah agar ia dapat dirawat secepat mungkin supaya tidak membarah.
Dalam organisasi, sifat ego dan sombong akan berlaku kepada kedua-dua belah pihak sama ada majikan atau pekerja.
Tanda seseorang itu ego
Antara petanda mereka yang mempunyai ego dan sombong adalah sukar menerima pandangan dan teguran dari orang lain. Ataupun, mungkin menerima pandangan tersebut tetapi secara terpaksa tanpa hati yang sejahtera.
Seorang majikan yang ego merasa dirinya seorang sudah cukup untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju organisasinya. Dia tidak akan menghiraukan pandangan, keluhan, idea serta teguran yang dibuat oleh orang bawahan.
Pekerja yang ego pula adalah yang tidak mahu menuruti arahan majikan dan tidak mahu berkongsi ilmu serta kemahiran dengan rakan sejawat.
Pekerja yang ego sentiasa merasa dirinya betul dan orang lain salah. Walaupun, hakikat yang kita perlu akui bersama ialah pandangan semua manusia boleh diterima dan ditolak kecuali Rasulullah. Kita semua tidak sunyi dari melakukan kesalahan.
Rasulullah mempunyai sifat rendah diri yang sangat hebat. Walaupun baginda terpelihara dari melakukan dosa serta dibimbing terus daripada Allah, namun baginda menunjukkan akhlak yang tinggi apabila meminta pandangan dari para sahabat khususnya dalam perkara yang melibatkan urusan keduniaan.
Sebagai contoh, dalam peperangan Badar, Rasulullah meminta pandangan para sahabat tentang strategi peperangan dan mengenai langkah yang sepatutnya dilakukan terhadap tawanan-tawanan perang Badar.
Demikian juga, semasa peperangan Khandak, Rasulullah telah menerima pandangan Salman al-Farisi supaya menggali parit untuk berhadapan dengan musuh.
Mengambil pedoman melalui beberapa contoh ini, sebenarnya tiada alasan untuk kita mempunyai ego dan sombong sehingga langsung tidak mengendahkan pandangan serta teguran orang lain.
Antara ciri-ciri lain orang yang ego adalah suka memandang rendah kepada orang lain. Mereka anggap orang di sekelilingnya sebagai saingan dan musuh dalam kehidupannya. Dia tidak akan senang dan tenang setiap kali melihat kejayaan orang lain.
Setiap kelebihan yang ada kepada orang lain akan diperlekehkan dan setiap keburukan yang ada pada orang lain akan ditonjol dan diuar-uarkannya.
Semuanya semata-mata untuk melihat orang lain jatuh dan dirinya naik, dipuja dan dipuji. Kegagalan orang lain adalah kepuasan bagi dirinya, sementara kejayaan orang lain adalah kesedihan bagi dirinya.

Tuesday, September 20, 2011

KENAL KELEMAHAN LELAKI


Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.
Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.
Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.
Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.
Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.
Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.
Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.
Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.
Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.
Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.
Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.
sumber : diarihati.com

KELEBIHAN HIDUP SINGLE


Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya pula kami akan sampaikan dalam artikel yang akan datang. Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..
(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.
(5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.
Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.

Monday, September 19, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Andai Itu Takdirnya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Andai Itu Takdirnya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Up To Mu: Bertudung bukan kerana fesyen

Up To Mu: Bertudung bukan kerana fesyen: SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu ga...

Wednesday, September 14, 2011

13 aurat wanita


13 aurat wanita
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

credit to
http://www.informasi.my/13-aurat-wanita/

FBZ(last entry)

kesah unty ngn uncle kira sadakallahulazim....
sbb...unty ni perempuan..cane kte syg pon,unty ade maruah unty yang nak kena jage...unty xnak jd pompuan yg xdew maruah tergedik2 kt laki...unty xtaw ape kesah dengan uncle sbb unty memg xcntct dye lgsg da lps ari 2...even masaa ari raye..unty memg xcntct.....mse kt rmh unty byk bfikir...unty da buat kptsn dulu nk lps uncle,so knp unty nak trk balik kptsn 2....ckp2 lah unty kacau dye...bahagia jew ble dye bahagia...xperlu lyn sgt perasaan unty ni...rndu????tahan jeq...gmba pon da xdeq da..unty da cmpak mne tah..xnk bka da story lme....no phone???coming soon to be deleted...fb??unty nk block,dulu pon unty pnh block gak,lps sethn unty unblock balik,xsgka r dye gi  add unty balik,unty pon approve jeq...2 yang jd tercntct balik...skang xnak da stalk uncle,xnak da bka page dye,xnak tgr o what sooo eva...yg sewaktu-waktu dgnnya tuwh,xnak...
mls pk soal luv2 skang..nk blaja jeq...insyaallah..tuhan ade bsama unty...
unty doa siang mlm smga tuhan tarik perasaan unty kt uncle,unty xnak syg2 dye da...even nk bkwn pon lau  bole xnak..tp kene profesional ler..dye tgr xkan unty xjwb..bia r dulu soal 2...xnak pk...

unty nk hdp bhgia tanpa bygn uncle...

MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum Puas Nak Tunjuk Cantik


Saya ingin mengajukan anda satu persoalan.
Wajarkah kita (golongan yang menegur) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia menutup aurat mereka dengan sempurna ?
Bayangkan ini:
Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal solat. Adakah kewajiban solat lima waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa ? Jika seseorang itu sudah baligh…?
Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati dan ditegur agar dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan kebenaran itu. Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap solatnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya ‘on the spot’ untuk mematuhi semua solat lima waktu tanpa melengah-lengahkan masa ?
Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat ?
Aplikasi teori di atas:
Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh…?
Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?
Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?
Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah ‘slow-slow’ tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.

CREDIT TO:
http://www.informasi.my

ALASAN2 KENAPA WANITA XTUTUP AURAT


. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)
Hanya sekadar renungan…

Tuesday, September 13, 2011

SURAH2 YANG MUJARAB

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Wednesday, September 7, 2011

Up To Mu: Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada...

Up To Mu: Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada...: Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah perg...